My Add

Thursday 13 December 2012

Penjenayah ganas, berbahaya ditembak - Polis

*SHUKRI Dahlan menunjukkan kelongsong bom yang dilempar ke arah polis oleh seorang pengedar dadah di Bukit Merah pada Isnin lalu ketika sidang akhbar di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ

IPOH,RABU, 12 Disember,2012- Pengedar dadah yang mati ditembak polis di Jalan Semanggol dekat sini kelmarin dikenal pasti sebagai 'Man Candu' iaitu ahli sindiket pengedaran dadah yang ganas dan berbahaya kerana menggunakan senjata api untuk melindungi kegiatan mereka.

Penjenayah berusia 42 tahun yang memiliki 13 rekod jenayah lampau itu menganggotai sindiket dadah yang menggunakan senjata api seperti pistol dan bom tangan diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan polis mendapati penjenayah terbabit merupakan pengedar dadah tegar yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan senjata api jika menyedari kegiatannya terancam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment