My Add

Thursday 6 December 2012

Penting pencegahan NCD dijalankan segera

PETALING JAYA, KHAMIS, 06 Disember, 2012:Adalah penting proses pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) dilakukan semua rakyat Malaysia bagi mengelakkan peningkatan jumlah penghidapnya di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, Kementerian Kesihatan kini sedang memberi tumpuan khas kepada penggalakan kesihatan dengan menyebarkan maklumat berkenaan langkah pencegahan bagi memberi pendedahan kepada semua masyarakat tentang bahayanya NCD kepada kesihatan mereka.

"Berdasarkan data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan penyakit NCD seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser serta penyakit respiratori yang kronik mencatat jumlah yang tinggi sama ada di negara kita mahupun di seluruh dunia.

"Pada 2011, prevalen diabetes adalah sebanyak 2.6 juta penduduk Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas, prevalen hipertensi ataupun darah tinggi mencatat 5.8 juta penduduk, hypercholestrolaemia ataupun berkolestrol tinggi sebanyak 6.2 juta manakala obesiti mencatat jumlah 2.5 juta orang.

“Jumlah ini amat membimbangkan kerana penyakit NCD ini boleh membebankan penghidap dari segi kos perubatan dan memberi kesan kepada aktiviti kehidupan seharian mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pada satu masa dahulu, pihak kementerian menumpukan banyak perhatian dari segi penyebaran maklumat tentang cara rawatan penyakit dan meningkatkan kualiti kemudahan peralatan perubatan.

"Namun, usaha ini telah berjaya menampakkan hasilnya dan sudah sampai masanya kami perlu menumpukan kepada usaha pencegahannya,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment