My Add

Sunday 23 December 2012

Penyeragaman harga barangan libatkan KR1M, COOP 1Malaysia, FAMA

KUCHING, SABTU, 22 Disember, 2012: Penyeragaman harga barangan bersubsidi akan turut melibatkan barangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Coop 1Malaysia dan produk yang diedarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyeragaman harga barangan bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata penyeragaman harga barangan itu akan bermula Januari tahun depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment