My Add

Thursday 20 December 2012

Penyokong Pas pulaukan imam pro-UMNO

PASIR PUTEH, RABU, 19 Disember, 2012: Bekas penggerak Jawatankuasa Keselamatan Pas Kelantan, Saidi Hussin mendedahkan, Amanat Haji Hadi telah menyebabkan ramai umat Islam dalam kalangan penyokong parti itu di jajahan ini memulaukan imam masjid yang dilabelkan sebagai pro-UMNO.

Keadaan itu berlaku, dakwa beliau, disebabkan penyokong tegar Pas sehingga ke hari ini masih berpegang kepada fahaman bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak boleh dijadikan imam dan daging sembelihan mereka dianggap 'bangkai' yang haram untuk dimakan.

Saidi yang juga bekas pegawai keselamatan Pusat Pengajian Pondok Kelantan mendakwa, berdasarkan penelitian yang dibuat mendapati, ramai penyokong Pas mendirikan solat Jumaat di luar mukim hanya kerana imam di mukim mereka tidak sealiran fahaman dan anutan politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment