My Add

Tuesday 18 December 2012

Perabot berasaskan buluh berpotensi diperkembangkan

*NOOR Fitri Abdul Razak menunjukkan perabot berasaskan buluh sempena Promosi Kraf Malaysia 2012 Peringkat Zon Selatan di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU, ISNIN, 17 Disember, 2012: Sambutan memberangsangkan Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan pada tahun lalu menjadi perangsang kepada Noor Fitri Abdul Razak, 26, untuk mengusahakan perabot berasaskan buluh dan menyertai promosi sama di Plaza Angsana dekat sini.

Anak muda yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan itu menubuhkan Seri Bambu Enterprise bagi menghasilkan pelbagai produk buluh seperti gazebo, kerusi rehat, set kerusi makan, set sofa dan set kopitiam.

Menurutnya, penyertaan dalam Promosi Kraf Malaysia pada tahun lalu membolehkannya membuat jualan sehingga RM10,000 dan berdasarkan maklum balas kali ini, hasil jualan dijangka melebihi RM15,000 berikutan tempoh promosi selama 13 hari yang bakal berakhir 25 Disember ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment