My Add

Tuesday 4 December 2012

Perak kembali dilanda banjir, Johor meningkat

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Selepas pulih daripada banjir sejak 15 November lepas, Perak kembali dilanda banjir hari ini dengan bilangan mangsa yang terlibat 49 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir yang melibatkan 13 keluarga itu ialah di daerah Kuala Kangsar iaitu di Kampung Bendang Ujib, Kampung Kuala Terap, Kampung Padang Lalang dan Kampung Berala.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Kati dan Dewan Orang Ramai Kampung Terap.

Laporan itu menyebut bagi mangsa banjir negeri Johor pula meningkat kepada 29 orang daripada 21 semalam dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Tandong, Kampung Spang Loi dan Kampung Awat di dalam daerah Segamat.

Manakala Negeri Sembilan menurun kepada 44 mangsa banjir berbanding semalam 112 mangsa di Dewan Orang Ramai, Dangi di Daerah Kuala Pilah, katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata hanya Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas di Negeri Sembilan telah melebihi aras bahaya iaitu dengan catatan setinggi 35.42 meter. Paras bahayanya ialah 35 meter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment