My Add

Sunday 9 December 2012

Perarakan rai kemenangan

 *BENDERA Malaysia dan Palestin dikibarkan dalam perarakan melibatkan
puluhan ribu penduduk bagi meraikan kemenangan peperangan lapan
hari terhadaprejim Zionis di Gaza, semalam. - BERNAMA

GAZA, Palestin, SABTI, 08 Disember, 2012: Sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 hari ini menyertai puluhan ribu penduduk Gaza meraikan kemenangan mematahkan kekejaman Zionis di Khateeba Khadrat.

Lebih menarik semua sukarelawan turut berjalan kaki sejauh 2 kilometer dari hotel penginapan untuk bersama-sama meraikan kemenangan peperangan lapan hari menentang serangan rejim Zionis baru-baru ini.

Mereka juga membawa sepanduk menyokong perjuangan penduduk Gaza yang berbunyi, 'Gaza Kami Bersamamu', 'Aqsa Kami Akan Tiba' dan lain-lain sepanduk yang penuh dengan kata-kata semangat.

Sepanjang perarakan sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 itu juga, mereka turut melaungkan 'Allahuakbar' dan 'Hancurkan Israel'. - Agensi

No comments:

Post a Comment