My Add

Friday 14 December 2012

Peraturan siaran iklan TV akan dimantapkan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang dalam proses memantapkan peraturan sedia ada untuk memantau penyiaran iklan di televisyen dengan lebih berkesan.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang berkata pada masa ini peraturan supaya semua iklan yang ingin disiarkan di televisyen tempatan perlu mempunyai sijil perakuan, masih diguna pakai.

"Garis panduan perakuan filem iklan buatan Malaysia masih menetapkan bahawa setiap iklan perlu ada Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia (Sijil MIM).

"Sijil ini hanya dikeluarkan untuk iklan yang diterbitkan oleh penerbit iklan tempatan sahaja. Iklan buatan luar pula boleh digunakan sebagai foreign footage (kakian asing) dengan tidak lebih 30 peratus (dalam iklan yang ingin disiarkan)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment