My Add

Wednesday 19 December 2012

Perdagangan Malaysia-Pakistan tumbuh 10 peratus

*MOHAMAD Salim Fateh Din (kiri) bersama Masood Khalid pada majlis penghargaan kepada Masood yang bakal bertukar ke Beijing yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan (MPM-P) menjangkakan perdagangan dua hala antara kedua negara tumbuh 10 peratus tahun ini hasil daripada pelbagai program yang telah dirangka.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Salim Fateh Din berkata, MPM-P yang ditubuhkan pada Mac lalu telah berjaya merancakkan perdagangan dengan mewujudkan platform yang lebih mudah dan pantas kepada usahawan.

Katanya, perdagangan Malaysia dengan Pakistan tahun lalu merekodkan nilai sebanyak RM2.8 bilion dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh sektor minyak sawit.

"Selepas MPM-P ditubuhkan, kami mahu mewujudkan kerjasama p - UTUSANerdagangan dalam sektor baharu seperti pendidikan, kesihatan, tenaga, pembinaan dan industri halal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment