My Add

Monday 10 December 2012

Perkasa Felda Ulu Tebrau lancar tabung

JOHOR BAHRU, AHAD, 09 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Felda Ulu Tebrau melancarkan Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia sebagai tanda sokongan dan membela akhbar itu yang berdepan tindakan saman daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

Yang Dipertua Perkasa Felda Ulu Tebrau, Abd. Razak Abd. Rahim berkata, pertubuhan tersebut mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Utusan Malaysia yang sering memperjuangkan orang Melayu dan Islam.

"Tidak dinafikan Utusan Malaysia sejak penubuhannya 73 tahun lalu tidak putus-putus memperjuangkan isu berkaitan agama, bangsa dan negara.

"Justeru, apabila ada pihak mahu menyaman disebabkan isu-isu yang sering diperjuangkan Utusan Malaysia selama ini, kita tidak akan berdiam diri," katanya pada majlis pelancaran tabung berkenaan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, di sini semalam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment