My Add

Tuesday 11 December 2012

Perkasa Johor lancar tabung bantu Utusan

BATU PAHAT, ISNIN, 10 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri ini turut melancarkan tabung bantuan guaman sebagai tanda sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia yang berdepan tindakan saman daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa negeri, Samat Atan berkata, pelancaran tabung itu juga sebagai simbolik perjuangan pertubuhan itu dalam mempertahankan hak orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu.

"Utusan Malaysia tidak bersendirian dalam menghadapi saman daripada Nurul Izzah. Kami terpanggil membela akhbar ini yang berani melaporkan perkara benar dan membela orang Melayu.

"Kita juga tidak harus menafikan Utusan Malaysia telah memainkan peranan besar kepada pembangunan agama, bangsa dan negara tanpa mengira golongan dan latar belakang," katanya di Ibu Pejabat Perkasa negeri di Kampung Istana di sini semalam. - UTSAN

No comments:

Post a Comment