My Add

Sunday 9 December 2012

Perkasa NS lancar tabung bela Utusan Malaysia

 *MOHD. Noor Nordin Abdullah (empat dari kiri), bersama beberapa ahli 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, melancarkan 
Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN, SABTU, 08 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri melancarkan tabung bantuan guaman sebagai tanda sokongan terhadap Utusan Malaysia yang berhadapan dengan tindakan saman daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Mohd. Noor Nordin Abdullah berkata, inisiatif itu sebagai tanda sokongan Perkasa dalam usaha menentang pihak yang mempertikaikan kredibiliti serta perjuangan akhbar ini.

''Ini kerana kami mendukung 100 peratus perjuangan Utusan Malaysia yang sentiasa menjadi suara kepada orang Melayu dan Islam di negara ini sejak merdeka lagi," katanya selepas melancarkan Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia Perkasa Negeri Sembilan di pekarangan Masjid Negeri, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment