My Add

Thursday 13 December 2012

Perogol bersiri hadapi tujuh tuduhan berasingan di Bentong, Raub

BENTONG, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Seorang perogol bersiri dituduh di Mahkamah Majistret di sini, dan Mahkamah Sesyen Raub, atas tujuh tuduhan berasingan membunuh dan merogol mangsa bawah umur sehingga mati, antara 2009 dan 2011.

Bagi tuduhan pertama, penganggur, Rabidin Satir, 42, yang berbangsa Dusun dan berasal dari Tambunan Sabah, dituduh membunuh mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Ketari di sini, antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 tengah hari, keesokan harinya.

Rabidin turut menghadapi tuduhan kedua, merogol sehingga menyebabkan kematian mangsa sama di tempat dan hari yang sama.

Di Mahkamah Sesyen Raub pula, Rabidin dituduh atas lima tuduhan berasingan merogol empat mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun. - BH

No comments:

Post a Comment