My Add

Wednesday 12 December 2012

Persiapan kahwin punca terperangkap hutang

KOTA BHARU, SELASA, 11 Disember, 2012: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada tahun 2006 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan.

Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat telah memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang.

"Selain persiapan. faktor wang hantaran yang tinggi termasuk menyediakan barangan hantaran seperti barang kemas dan sebagainya menyebabkan bakal pengantin terus tersepit sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain.

"Kebanyakan golongan muda di bawah umur 30 tahun yang ingin berkahwin biasanya baru mendapat pekerjaan di antara dua hingga tiga tahun dan sudah tentu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh selain simpanan juga tidak begitu banyak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment