My Add

Monday 10 December 2012

Pertahan warisan capal

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

 *AMIRUL Hidayat Hashim menunjukkan capal asli (kanan) dan capal 
songket keluaran JME yang dijual di kedainya di Tasek Gelugor, Pulau
 Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG AHAD, 09 Disember, 2012: Kerja membuat capal tradisional tidak semudah yang disangka kerana memerlukan kemahiran tinggi bagi memastikan hasilnya bermutu.

Itulah yang menjadi polisi Jago Mutiara Enterprise (JME), satu-satunya pengeluar capal tradisional di negeri ini.

JME yang berstatus perusahaan kecil dan sederhana kini mengeluarkan 10 jenis capal yang dihasilkan secara tradisional di bengkel yang terletak di Tasek Gelugor.

Pengurus Pengeluaran JME, Amirul Hidayat Hashim berkata, capal keluaran syarikat tersebut diperbuat daripada kulit asli dan menggunakan tangan.

Menurutnya, kemahiran itu dipelajari daripada bapanya, Hashim Hassan yang mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1958. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment