My Add

Thursday 13 December 2012

Pesara dapat durian runtuh 17 Disember ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan akan dibuat pada 17 Disember ini.

Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.

“Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini.

“Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan," demikian menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment