My Add

Thursday 13 December 2012

PETRONAS lulus kontrak PSC 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) meluluskan kontrak pengeluaran bersama (PSC) bagi Blok SB311 di luar pesisir pantai Sabah kepada perkongsian antara ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, Shell Energy Asia Ltd dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Blok itu yang berukuran 1,046 kilometer persegi terletak di bahagian tengah Lembangan Sabah dengan kedalaman air antara 50 dan 100 meter.

PETRONAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kawasan itu berada dalam kawasan yang sudah terbukti mengandungi hidrokarbon dengan penemuan utama seperti Kebabangan, Kinarut dan Erb West.


Mengikut terma PSC, Petronas berkata, ConocoPhillips akan berperanan sebagai operator blok dengan menguasai 40 peratus kepentingan manakala PETRONAS Carigali dan Shell Energy Asia masing-masing akan menguasai 30 peratus kepentingan dalam blok berkenaan.

Rakan kongsi itu komited untuk menggerudi dua telaga liar, memperoleh 400 kilometer talian data seismik 2D baru serta memproses semula data seismik 3D sedia ada di blok itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment