My Add

Sunday 16 December 2012

Pilih kerja punca siswazah Kelantan menganggur

KOTA BHARU, SABTU, 15 Disember, 2012: Sikap terlalu memilih pekerjaan dan enggan berpisah dengan keluarga antara punca utama masih terdapat ramai siswazah Kelantan menganggur, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri, Datuk Makhtar Mustaffa.

Beliau berkata, selagi sikap itu tidak dikikis, kadar pengangguran di kalangan graduan di negeri ini tidak akan dapat diatasi walaupun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan.

"Graduan terbabit wajar mengubah sikap mereka untuk tidak memilih kerja dan sanggup berpisah dan meninggalkan keluarga untuk bekerja di luar Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan, Temuduga Terbuka Azam Kerja dan Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) 2012 Zon Timur di sini hari ini.

Katanya, kekurangan syarikat melabur di negeri ini menyebabkan peluang pekerjaan sukar diperolehi.

Sehubungan itu, beliau mahu golongan ini merebut peluang pekerjaan yang banyak terdapat di bawah strategi lautan biru yang diperkenalkan kerajaan ke arah mengurangkan pengangguran di seluruh negara.

Beliau menambah, antara kelemahan pencari kerja terdiri daripada kalangan siswazah dari luar bandar di negeri ini ialah cara berkomunikasi, kurang berpengetahuan dalam sesuatu bidang dan tidak kreatif. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment