My Add

Monday 24 December 2012

Pingat: Karpal bidas Koo Ham, Chang Khim

PULAU PINANG, AHAD, 23 Disember, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.

Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.

“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment