My Add

Tuesday 18 December 2012

PKR pentingkan elaun ahli majlis negeri?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa lebih mengutamakan elaun ahli-ahli majlis kerajaan negeri berbanding bantuan untuk ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Setiausaha Agung Wanita MCA, Senator Chew Lee Giok memberitahu, sejak PKR mentadbir negeri tersebut, elaun ahli majlis telah dinaikkan sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun iaitu daripada RM500 sehingga RM1,500.

Malah jelasnya, elaun untuk kehadiran mesyuarat dalam kalangan ahli majlis juga diberi keutamaan iaitu kenaikan daripada RM50 kepada RM150.

“Ahli-ahli Majlis Selangor menerima elaun yang paling tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri lain. Pakatan pembangkang sentiasa menambah elaun untuk ahli majlis tetapi enggan memberikan elaun kepada ibu tunggal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment