My Add

Monday 17 December 2012

PM Jepun akui kalah pilihan raya dan letak jawatan

TOKYO, ISNIN, 17 Disember, 2012: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda semalam mengaku kalah dalam pilihan raya Parlimen negara ini dan akan meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokratik Jepun (DPJ).

"Saya akan meletak jawatan sebagai ketua DPJ kerana saya memandang serius keputusan (pilihan raya) ini.

"Oleh itu, saya mahu memohon maaf kerana saya gagal mendapatkan keputusan sebagaimana yang diharapkan," katanya pada sidang media.

Kenyataan Noda dibuat selepas stesen penyiaran NHK melaporkan, Parti Liberal Demokratik (LDP) memenangi antara 255 kerusi Parlimen dengan 95 kerusi masih tidak diketahui manakala DPJ hanya memenangi 39. - AFP

No comments:

Post a Comment