My Add

Sunday 16 December 2012

PM mahu rakyat amal kesederhanaan

SANDAKAN, AHAD, 16 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat mengamalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama berpegang kepada kepercayaan masing-masing.

Beliau berkata, perbezaan kaum dan agama bukan merupakan sebab masyarakat berpecah-belah tetapi berpunca daripada kalangan mereka yang terlalu taksub dengan amalan mereka.

"Walaupun kita mempunyai perbezaan dalam pegangan agama kita, agama kita berkongsi nilai-nilai baik yang membolehkan kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia.

"Saya percaya jika anda seorang Islam yang baik, anda akan disukai oleh orang bukan Islam. Begitu juga dengan penganut agama Kristian. Jika anda penganut Kristian yang baik, anda juga akan disukai oleh bukan penganut Kristian," katanya pada majlis makan tengah hari dengan Jawatankuasa Gereja-Inter Sandakan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment