My Add

Sunday 23 December 2012


PM ucap tahniah kepada Nicol


KUALA LUMPUR, AHAD,:23 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David yang merangkul gelaran Terbuka Dunia ketujuhnya apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia di Kepulauan Cayman, semalam.
 *NICOL dengan piala kemenangan
Perdana Menteri berkata kejayaan Nicol, yang menjadi kebanggaan 1Malaysia, diharap menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, lapor BERNAMA.

"Tahniah kepada Datuk Nicol David yg merupakan kebanggaan 1Msia. Kejayaan anda menjadi Juara Dunia yang ke-7 ini diharap menjadi inspirasi semua," kata Najib dalam tweet terbarunya.

Sebelum ini, Nicol mencipta nama dengan menjuarai Terbuka Dunia di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan dua kali di Belanda (2009 dan 2011). 

No comments:

Post a Comment