My Add

Monday 17 December 2012

Polis AS kenal pasti penembak, sahkan bunuh diri

NEWTOWN (Connecticut), ISNIN, 17 Disemberr, 2012: Polis Connecticut secara rasmi mengenal pasti identiti remaja yang menembak mati 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sekolah rendah, Sabtu lalu sebagai Adam Lanza yang berusia 20 tahun.

Lt Paul Vance juga mengesahkan Lanza menembak dirinya menggunakan senapang yang digunakan.

Lanza turut disahkan menembak terlebih dulu emaknya, Nancy di rumah mereka sebelum pergi ke sekolah rendah berkenaan.

"Dia (ibunya) meninggal dunia selepas ditembak beberapa das," kata Vance.

Lanza didapati menggunakan rifel AR-15 .223 tetapi masih tidak dapat dipastikan ia senjata sama digunakan untuk menembak ibunya.

Dua senapang digunakan untuk menembak di sekolah Sandy Hook Elementary School iaitu jenis Glock 10 mm dan Sig Sauer 9 mm.
Polis bagaimanapun masih enggan memberi sebarang petanda mengenai motif kejadian yang menyayat hati itu. - AFP

No comments:

Post a Comment