My Add

Wednesday 19 December 2012

Polis bertindak terhadap penyebar khabar angin

SUNGAI PETANI, RABU, 19 Disember, 2012; Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebar khabar angin kononnya berlaku insiden rusuhan kaum di kawasan Sungai Petani, sejak dua hari lalu.

Amaran tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab selepas polis mendapati terlalu banyak khabar angin disebarkan ketika ini.

Menurutnya, khabar angin dan fitnah yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan pelbagai bentuk lain itu dikhuatiri akan menakutkan rakyat.

"Kita ingin maklumkan kepada semua bahawa berita yang disiarkan dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu. Pada hakikatnya, keadaan di daerah Kuala Muda masih aman dan tenteram.

Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku,'' katanya di sini tengah malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment