My Add

Friday 21 December 2012

Polis buru 11 suspek kes rogol di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, JUMAAT, 21 Disember, 012: Polis sedang mengesan 11 individu yang terlibat dalam beberapa kes rogol di negeri ini sejak tahun 1998 hingga setakat ini bulan ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kesemua suspek adalah amat berbahaya dan sangat dikehendaki.

Mereka yang diburu ialah Khong Eng Kim, 28, Goh Lhye Lai, 47, Lian Chia Seng, 40, Ng Soo Huat, 56, Sin Yih Woay, 31, Che Mat Awang, 67, Mohd Qasim Abdul Hamid, 24, Mohd Hadi Sufian Abd Rahim, 27, Yusri Saidin, 25, S. Araavannan, 25, dan Peter Paul, 30.

"Kesemua suspek diminta menyerah diri dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran," kata Gan kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment