My Add

Tuesday 18 December 2012

Polis buru tiga suspek samun pasar raya 24 jam

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Polis sedang memburu tiga suspek lelaki yang masih bebas dalam insiden melibatkan seorang anak polis mati ditembak ketika cuba menyamun sebuah kedai serba guna 24 jam di Taman Sri Rampai Setapak di sini semalam.

Kesemua suspek termasuk remaja berusia 19 tahun yang mati itu merupakan satu kumpulan penjenayah yang sering menyamun dan menyasarkan kedai serba guna 24 jam di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi berkata, kejadian rompakan di KK Mart Taman Sri Rampai itu tidak didalangi dua orang sebaliknya empat lelaki termasuk suspek yang mati ditembak.

“Kumpulan penjenayah ini dipercayai aktif menyamun kedai 24 jam termasuk 7Eleven dan KK Mart di ibu negara. Polis mengesahkan suspek yang ditembak mati itu merupakan anak seorang anggota polis," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment