My Add

Tuesday 4 December 2012

Polis Jepun serbu firma lebuh raya terowong runtuh

TOKYO, SELASA, 04 Disember, 01: Polis menjalankan siasatan terhadap kejadian runtuhan terowong minggu lalu, dengan mengadakan serbuah ke atas syarikat lebuh raya selepas dikatakan berlaku kelalaian dari segi aspek keselamatan.

Serbuan ke atas firma lebuh saya berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan menyeluruh berpuluh terowong lebuh raya di seluruh Jepun yang dibina pada awal 1970-an yang merentasi kawasan gunung ganang di negara berkenaan.

Liputan televisyen menunjukkan berpuluh pegawai polis memasuki ibu pejabat syarikat pengendali lebuh raya, NEXCO di Nagoya, di tengah Jepan, terutama membabitkan operasi penyelenggaraan dan rekod keselamatan.

Kecuaian kakitangan dikatakan menyumbang kepada kejadian runtuhan terowong lebuh raya Sasago yang merentas Gunung Fuji sehingga membawa maut dan kecederaan kepada pengguna, Ahad lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment