My Add

Tuesday 18 December 2012


Polis Melaka jejaki remaja saksi kes pemerdagangan oran
2012/12/17 -

MELAKA, ISNIN, 17 Disember, 2012:: Polis Melaka menjejaki seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia selain untuk tampil sebagai saksi kes sama yang dijadual dibicarakan, April depan.

“K Kesaveni yang beralamat terakhir di No 102, Jalan Pantai 1, Tengkera di sini, adalah saksi penting kes itu yang membabitkan seorang gadis berusia 15 tahun menjadi mangsa pelacuran,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah.

Suspek utama kes itu yang berusia 38 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah rumah ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis pada 29 November tahun lalu, manakala teman wanitanya berusia 23 tahun berjaya diberkas.

“Wanita itu yang dibebaskan dengan jaminan polis bagi menguruskan pengebumian teman lelakinya bagaimanapun menghilangkan diri sebelum berjaya ditangkap semula di Negeri Sembilan pada 10 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Mangsa kes itu pula ditempatkan di rumah perlindungan wanita sementara menunggu perbicaraan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment