My Add

Wednesday 19 December 2012

Polis pantau penyebaran maklumat palsu di laman rangkaian sosial

SIK, RABU, 19 Disember, 2012: Polis sedang memantau laman rangkaian sosial termasuk blog, Facebook dan Twitter yang menyebarkan maklumat palsu berhubung dakwaan berlakunya pergaduhan antara kaum sehingga membabitkan kematian di Kuala Muda, malam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan

Bagaimanapun, setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan terhadap individu yang menyebarkan maklumat terbabit - BH

No comments:

Post a Comment