My Add

Monday 17 December 2012

Polis Pulu  Pinang tahan 82 kaki judi dalam seminggu
1
GEOGETOWN, ISNIN, 17 Disember, 2012: Polis Pulau Pinang menahan 82 kaki judi termasuk 23 wanita dalam beberapa serbuan di sekitar negeri itu sejak 10 Dis hingga awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM36,278 serta pelbagai peralatan berjudi.

Mereka yang berusia antara 20 dan 50 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000 jika sabit kesalahan, katanya pada sidang media, di sini.

Katanya, operasi yang diadakan hampir setiap hari itu dilakukan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri .

Beliau berkata, operasi itu berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian terbuka di Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Seberang Jaya, Kubang Semang dan kawasan sekitar Daerah Timur Laut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment