My Add

Monday 10 December 2012

Polis Sudan guna gas pemedih mata surai tunjuk perasaan

KHARTOUM, ISNIN, 10 Disember, 2012: Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan cota terhadap penunjuk perasaan berdemonstrasi menuntut keadilan untuk empat pelajar yang didakwa dibunuh pihak berkuasa.

Terdahulu, kira-kira 500 pelajar berkumpul di Universiti Khartoum dan mengadakan satu pengkebumian olok-olok untuk empat pelajar Universiti Gezira berkenaan.

Kematian empat pelajar itu ekoran tindakan pihak berkuasa terhadap bantahan kenaikan yuran tuisyen oleh golongan pelajar sejak Jun lalu.

Kira-kira 100 orang pelajar berarak dari arah Universiti Khartoum ke tengah-tengah kotaraya sambil memegang sepanduk yang bertajuk ‘membunuh pelajar adalah membunuh negara’.

Polis melepaskan gas pemedih mata tetapi penunjuk perasaan tersebut meneruskan demonstrasi tersebut dan menuju ke arah Kementerian Kehakiman. - AFP

No comments:

Post a Comment