My Add

Friday 14 December 2012

Polis tahan lima lelaki curi kabel Telekom

SERDANG, KHAMIS, 13 Disember, 012: Akibat leka melerai kabel telekomunikasi bernilai RM70,000 tiga lelaki tidak menyedari kehadiran polis yang kemudian memberkas mereka di Taman Muhibah di sini, awal pagi semalam.

Susulan tangkapan itu, polis memberkas dua lagi lelaki di kawasan tersebut, yang dipercayai turut terlibat mencuri kabel berkenaan.

Ketua Polis Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.45 pagi itu, polis menahan semua suspek yang berumur antara 24 dan 44 tahun, termasuk seorang bekas pekerja kontraktor pemasangan kabel.

Beliau berkata, suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kepakarannya untuk mencuri kabel selain menyamar sebagai pekerja kontraktor pemasangan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

"Kecurian kabel itu menjejaskan 1,500 pengguna telefon di sekitar kawasan kejadian. Kos membaik pulih pula dianggarkan RM 100,000,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Serdang.

Abd Razak berkata, siasatan mendapati seorang suspek yang berumur 31 tahun dikehendaki mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul, manakala dua lagi positif dadah jenis methapetamine dan ganja. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment