My Add

Thursday 20 December 2012

Pop Fest anjur solat maghrib, solat hajat, baca Qunut Nazilah

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Umat Islam dijemput menunaikan solat maghrib dan solat hajat Selamatkan Gaza serta membaca Qunut Nazilah yang akan diadakan di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sempena acara Pop Fest 2 pada Sabtu dan Ahad ini.

Wakil Sekretariat Pop Fest, Anizah Mehboob Shah berkata, solat maghrib dan solat hajat serta membaca Qunut Nazilah itu akan dipimpin oleh aktivis yang pernah ditahan rejim Zionis dalam tragedi serangan kapal misi Flotila Mavi Marmara pada 2010 iaitu Noorazman Mohd. Samsuddin.

"Selain solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah, Noorazman akan turut menyiarkan beberapa rakaman video eksklusif yang belum pernah disiarkan mana-mana media massa berhubung kejadian serangan komando Israel terhadap aktivis Mavi Marmara yang mengorbankan 9 nyawa aktivis Turki," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment