My Add

Monday 10 December 2012

Presiden Ghana diumum pemenang pilihan raya
 
 *PENYOKONG parti Kongres Demokratik Kebangsaan (NDC), 
mengibarkan bendera parti selepas calon mereka John Dramani 
Mahama memenangi pilihan raya presiden negara itu.
 - Foto REUTERS
 PRESIDEN Ghana, John Dramani Mahama

ACCRA, ISNIN, 10 Disemberr, 2012:: Presiden Ghana, John Dramani Mahama diumumkan pemenang pilihan raya presiden negara itu.

Keputusan itu diumumkan biarpun masalah teknikal membabitkan mesin untuk mengenalpasti pengundi dan bantahan daripada pembangkang yang mendakwa berlaku penipuan dalam proses mengundi.

Kereta kebal tentera mengawal suruhanjaya pilihan raya Ghana dan polis membuat sekatan jalan raya ketika Pengerusi suruhanjaya, Kwadwo Afari-Gyan mengumumkan Mahama meraih sebanyak 5.5 juta undi atau 50.7 peratus.

Sementara itu, pemimpin pembangkang, Nana Akufo-Addo yang kalah dalam pilihan raya 2008 dengan hanya satu peratus, kali ini memperolehi 5.2 juta undi atau 47.7 peratus. - AP

No comments:

Post a Comment