My Add

Wednesday 19 December 2012

Presiden Indonesia akhiri lawatan ke Malaysia

SEPANG, RABU, 19 Disember, 2012 : Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengakhiri lawatannya ke Malaysia hari ini dan berlepas ke India pada jam 1.40 tengah hari dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ABURamidi dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.

Susilo tiba petang semalam bagi menghadiri Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut meraikan beliau pada majlis makan malam di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana malam tadi.

Beliau juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan Universiti Utara Malaysia (UUM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment