My Add

Wednesday 19 December 2012

Presiden Iraq diserang strok, keadaan stabil

BAGHDAD, RABU, 19 Disember, 2012: Presiden Iraq, Jalal Talabani, di masukkan ke sebuah hospital di sini semalam selepas diserang strok.

Menurut kenyataan daripada pejabat Presiden, pemimpin itu kini dalam keadaan stabil.

Kesihatan Talabani merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pernah menjalani pembedahan jantung di Amerika Syarikat pada 2008.

Sebelum itu, pemimpin tersebut pernah menerima rawatan di Jordan kerana kekurangan air dan mengalami kepenatan. - AFP

No comments:

Post a Comment