My Add

Thursday 20 December 2012

Presiden Iraq diterbangkan ke Jerman untuk rawatan angin ahmar

BAGHDAD, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Presiden Iraq, Jalal Talabani diterbangkan ke Jerman bagi mendapatkan rawatan susulan selepas diserang angin Ahmar, awal minggu ini.

Ahli Parlimen Kurdish, Mahmoud Othman, berkata Talabani diterbangkan ke Berlin dari Baghdad, awal hari ini selepas keputusan itu dicapai apabila pasukan perubatan dari Jerman mengesyorkan supaya beliau dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan susulan.

Setakat ini, belum dapat dikenal pasti hospital mana yang akan menempatkan Talabani ketika di Jerman.

Talabani adalah pemimpin kanan Kurdish dan menjadi simbol perpaduan di Iraq. - AFP

No comments:

Post a Comment