My Add

Tuesday 18 December 2012

Prestasi ekonomi Perak dijangka terus kukuh pada 2013

IPOH, ISNIN, 17 Disember, 2012: Prestasi ekonomi Perak dijangka terus kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar antara lima hingga 5.5 peratus pada 2013 berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi di peringkat negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, komitmen kerajaan negeri dalam mewujudkan suasana kondusif dan mesra pelabur ternyata berjaya menarik pelabur untuk menanam modal di negeri ini.

Katanya, sehingga September lalu, berdasarkan kelulusan pelaburan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebanyak 34 projek bernilai RM3.76 bilion akan ditempatkan di Perak yang bakal mewujudkan kira-kira 4,231 peluang pekerjaan kepada rakyat.

"Ia terdiri daripada RM1.93 bilion untuk pelaburan dalam sektor pembuatan dan RM1.83 bilion dalam sektor perkhidmatan manakala sektor utama melibatkan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM1.27 bilion. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment