My Add

Friday 21 December 2012

Produksi filem perlu daftar dengan persatuan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Bermula Januari 2013, semua produksi tempatan dan luar yang mahu menjalankan pengambaran di negara ini perlu memastikan semua pihak yang terlibat berdaftar dengan persatuan-persatuan berkaitan.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, penguatkuasaan peraturan itu akan dimulakan menjelang tahun hadapan bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara.

"Jika perkara ini tidak dituruti, pihak berkenaan boleh diambil tindakan atas kesalahan menggunakan khidmat individu tidak bertauliah.

"Ini bukan perkara baru kerana garis panduan dan syarat wajib itu telah dikuatkuasakan sejak April 1997," katanya dalam sidang akhbar Badan Bertindak Memelihara Kedaulatan Undang-Undang yang diadakan dekat sini hari ini.

Undang-undang itu memerlukan semua pengarah berdaftar dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), pelakon berdaftar dengan Seniman manakala pekerja produksi pula berdaftar dengan Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment