My Add

Saturday 15 December 2012

Program B10 guna 1 juta tan minyak sawit mentah setahun


*BERNARDDompok (tengah) melihat buah kelapa sawit yang bermutu tinggi pada Karnival Kerjaya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Penampang, Sabah semalam.

PENAMPANG, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Peningkatan kandungan minyak sawit dalam biodiesel daripada lima peratus (B5) kepada 10 peratus (B10) mampu mencapai sasaran nilai pasaran sebanyak RM282.6 bilion pada 2020.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, pelaksanaan Program B10 itu bukan sahaja mampu membebaskan industri sawit daripada dibelenggu stok bulanan yang melebihi paras normal, malah program tersebut dijangka menggunakan sejuta tan minyak sawit mentah (MSM) setahun.

"Selain Program B10 yang dilihat mampu untuk menstabilkan harga sawit di pasaran global, kerajaan juga bersetuju untuk menggunakan minyak sawit sebagai bahan bakar untuk penjanaan tenaga elektrik terutamanya di Sabah, sekali gus mendatangkan kesan baik kepada harga sawit negara," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment