My Add

Saturday 15 December 2012

PRU13: DAP mahu tambah 13 kerusi

*PENGERUSI DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan diiringi barisan Jawatankuasa Eksekutif Pusat masuk ke dalam dewan persidangan pagi tadi.

GEORGETOWN, SABTU, 15 Disember, 2012: DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita (DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti.

"Kita menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar bertajuk 'Perubahan Di tangan Mu' pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun.

Guan Eng berkata, mandat yang dicari oleh DAP daripada pengundi adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan kerajaan bersama-sama dengan PKR dan Pas.

Katanya mandat itu penting dalam rangka kerja pakatan pembangkang untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam 'Common Framework' dan Buku Jingga.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi untuk melakukan perubahan.

"Saya tahu terdapat banyak -- yang Islam dan bukan Islam -- yang mempersoalkan sama ada kita mampu menjalin permulaan baru ini.

"Terdapat banyak ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap satu sama lain seperti juga halnya terhadap perubahan," katanya.

Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu untuk memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang bertanding hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment