My Add

Tuesday 25 December 2012

Pulangkan semula pingat 

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, ISNIN, 24 Disember, 2012: - Dua wakil rakyat daripada DAP dicabar memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan kepada mereka sekiranya merasakan prinsip parti itu lebih tinggi berbanding penghormatan serta pengiktirafan terhadap kedudukan raja-raja Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dua wakil rakyat pembangkang itu harus mengambil tindakan tersebut jika mereka menuruti 'titah perintah' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang melarang mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada parti itu menerima sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada raja-raja Melayu.

Dua wakil rakyat DAP terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dari Selangor dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dari Perak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment