My Add

Sunday 9 December 2012

Puting beliung landa Yogyakarta

JAKARTA, AHAD, 09 Disember, 012: Sekurang-kurangnya 16 penduduk cedera manakala 519 buah kediaman musnah apabila satu puting beliung melanda 10 perkampungan di daerah Sleman, Yogyakarta semalam.

Berikutan bencana yang turut menumbangkan ratusan batang pokok itu, Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Sleman telah mengisytiharkan keadaan darurat selama lima hari mulai semalam hingga 11 Dis, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang itu, tiupan angin puting beliung sekuat 60 kilometer sejam berlaku selama 10 minit dalam kawasan lingkungan dua kilometer persegi.

Beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Adisucipto, Yogyakarta turut tidak dapat mendarat dan diarahkan ke lapangan terbang lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment