My Add

Tuesday 18 December 2012

Ranap dihempap pokok

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
 
 *NAHATUL Shima Seman (kanan) bersama anak- anaknya melihat sebatang
pokok yang menghempap rumahnya di Kampung Wakaf Mek Zainab,
Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, ISNIN, 17 Disember, 2012: Nasib yang dialami oleh seorang ibu tunggal lapan anak di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini umpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah hidup dalam keadaan serba kekurangan, kini mereka terus diuji apabila sebahagian daripada rumah usang tempat berteduh selama ini musnah akibat dihempap pokok besar petang semalam.

Dalam kejadian semasa hujan renyai-renyai kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebatang pokok jati yang sudah uzur tumbang lalu menghempap rumah berkenaan sehingga merosakkan keseluruhan bahagian dapur rumah.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal berkenaan, Nahatul Shima Seman, 43, putus punca pendapatan apabila segala peralatan untuk membuat kuih di dapur rumahnya itu tidak dapat diselamatkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment