My Add

Friday 14 December 2012

Rasuah: Sarjan polis mengaku tidak bersalah

SANDAKAN, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Seorang anggota polis berpangkat sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah, empat tahun lepas.

Sarjan Roas Alaari, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan didakwa meminta rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemandu lori yang disyaki membawa barangan tiruan.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh meminta suapan wang tunai RM25,000 daripada Naning Abdullah di Simpang Tiga, Batu 32, Check Point, Jalan Sandakan-Kota Kinabalu, pada kira-kira 11 malam, 1 Julai 2008.

Dia juga didakwa menerima wang tunai sejumlah RM13,000 daripada pemandu lori tersebut pada 2 Julai 2008, kira-kira jam 4.45 pagi di tempat yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Roas dituduh bersetuju menerima wang tunai RM2,000 daripada Naning pada kira-kira 5 petang pada hari dan tempat yang sama.

Dia juga dituduh menerima wang tunai RM13,000 pada kira-kira 12 tengah hari pada hari yang sama di kawasan tempat letak kereta, Pejabat Timbangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hakim Dean Wayne Daly membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari depan untuk perbicaraan kes. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment