My Add

Monday 17 December 2012

Raul Castro, Fidel Castro dicalonkan semula

HAVANA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Presiden Cuba, Raul Castro, 81, dan abangnya ikon pejuang revolusi, Fidel Castro, 86, masing-masing dicalonkan semula dalam Dewan Nasional.

Media tempatan melaporkan, pencalonan berkenaan adalah proses pertama untuk pemilihan semula Raul Castro sebagai Presiden untuk penggal pentadbiran luma tahun lagi iaitu 2013 hingga 2018.

Fidel Castro mengundur diri selepas mengalami masalah kesihatan pada Julai 2006 selepas lebih lima dekad memerintah Cuba.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2008 walaupun dia tidak menghadiri dua sesi tahunan dalam Dewan Nasional. - AFP

No comments:

Post a Comment