My Add

Tuesday 11 December 2012

Remaja berdepan tuduhan merompak
PETALING JAYA, ISNIN, 10 Disember, 2012: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merompak seorang lelaki dengan bersenjatakan parang, tiga tahun lalu.

Remaja berkenaan, yang kini berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori, dituduh bersama tiga yang lain, yang masih bebas, merompak Perodua MyVi daripada Ahmad Fendi Riaszuan Awang, 25, di sebuah rumah di Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, pada pukul 4 petang 29 November 2009.

Dia dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pegawai pendakwa M Mariappan menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, tetapi peguam Nurul Fatihah Abdul Ghani, yang mewakili remaja berkenaan, memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya, satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga dan bapanya pula hanya membawa RM3,000 hari ini.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan 17 Januari untuk sebutan kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment