My Add

Friday 21 December 2012

Ribut salji terburuk pertama AS ragut 4 nyawa

DES MOINES (Iowa), JUMAAT, 21 Disember, 2012:: Empat terbunuh susulan ribut salji terburuk pertama melanda Midwest Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi (waktu tempatan).

Kejadian itu dijangka mengancam beberapa operasi membabitkan lapangan paling sibuk di AS berikutan cuti hujung minggu.

Di Iowa, pihak polis daerah terbabit melaporkan seorang terbunuh susulan kemalangan membabitkan 25 kenderaan.

Manakala, di Wisconsin pula, syerif daerah berkenaan berksata, keadaan jalan raya yang licin mengakibatkan sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila pemandunya gagal mengawal kenderaan.

Di Utah, seorang wanita yang cuba berjalan di dalam salji selepas kenderaan yang dipandunya tersangkut dan mangsa ditemui terbunuh selepas terperangkap di dalam salji tebal.

Sementara itu, di Chicago, pihak berkuasa wilayah berkenaan melaporkan lebih daripada 90 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk. - REUTERS

No comments:

Post a Comment