My Add

Saturday 15 December 2012

RISDA terima dua anugerah inovasi


*IBRAHIM Muhamad menyampaikan anugerah kepada Wan Mohamad Zuki Wan Mohamad (dua dari kiri) sambil disaksikan Yussof Dohab (tengah) dan Zaniah Ahmad di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjaya memenangi dua anugerah utama pada hari Kualiti dan Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Agensi tersebut memenangi kategori pengurusan khidmat pelanggan terbaik dan aset alih sekali gus mengatasi dua lagi agensi dengan markah tertinggi masing-masing 89.7 peratus dan 92.36 peratus.

Terdapat tiga lagi kategori dipertandingkan iaitu pengurusan perolehan, inovasi perkhidmatan awam dan penilaian outcome terbaik.

Kesemua anugerah itu disampaikan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Ibrahim Muhamad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment